Tuesday, November 25, 2008

Sumpahan Khairi

Khairi??? jika diteliti dengan mendalam, nama ini membawa makna kabaikanku. apa yang dikesali ialah nama ini jugalah yang membawa kepada kontrovesi yang tidak sihat dalam Malaysia.

Lokasi pertama adalah negara Malaysia. Khairi Jamaludin sebagai satu nama yang tidak asing lagi yang menjadi buah mulut mereka yang mengenalinya, yang baik, mahupun yang buruk, umpatan demi umpatan dilahirkan sebegitu sahaja, yang memuji, tidak kurang juga yang mengkeji. sudah banyak yang mengulas di luar sana, dan nampaknya ia tidak memerlukan penyertaan yang baru.

Lokasi kedua adalah Malaysia juga, tetapi lebih difokuskan kepada sebuah institusi islam yang bernama KUIS. Benar, KUIS yang tidak asing lagi di Malaysia, institusi yang menjadi rebutan semua untuk menguruskannya. Sebuah institusi di bawah pantauan dan bantuan MAIS. Macam-macam ada, Timbalan Rektor Akademik dan urusan Mahasiswa, Ustaz Khairi bin Husin. individu yang tidak patut untuk digelar seorang ustaz, memang benar, seorang yang berkelulusan agama dan menyambungkan pelajaran diperingkat master dalam bidang yang bukan agama. akhirnya, dia menjadi seseorang yang tidak bermesrakan Islam.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau hanyalah seorang pemangku yang menuggu hari untuk dipecat atau dilucutkan jawatan. tetapi selagi beliau ada sebaris dalam pengurusan kuis, beliau menjadi pengacau bagi kuis untuk bergerak sebagai sebuah institusi Islam.

Mungkin dikalngan anda ada yang tidak mengetahui bahawa suatu masa dahulu satu papan tanda aurat ada diletakkan di pintu utama kuis, supaya pelawat yang memasuki kuis perlu menutup aurat sebelum memasuki kawasan kuis. Khairi inilah yang mencabutnya dengan alasan kuis perlu open untuk semua. Khairi. Khairi, mana prinsip engkau ketika satu masa dahulu.

Dasar nama khairi ini memang bermasalah, ada saja benda yang dibuat yang tidak bermesrakan Islam.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...

ana amat tertarik dengan tulisan anta yang bertajuk " Sumpahan Khairi " di bumi kuis. suatu kata-kata yang pedas penuh dengan sindiran dan cemuhan kepada seorang pengasas kuis yang banyak berjasa kepada perkembangan pendidikan kepada umat islam di malaysia. di dalam hal ini mungkin anta tertanya-tanya adakah ana ini penyokong kepada Ustaz Khairi, adakah ana ini menjadi tali barut kepada nya atau adakah ana ini emosional sangat...sebelum kita melanjutkan bicara ini marilah kita sama-sama melihat apakah kesalahan yang telah di lakukan oleh Ustaz khairi kepada kita. adakah kesalahannya tidak boleh di tegur dengan cara yang baik sesuai dengan diri kita ini seorang penganut agama Islam. Islam agama fitrah, kebenaran, berhikmah di dalam menegur dan mendidik manusia.

Kalau kita melihat kembali kepada sirah perjuangan Nabi dan Rasul, para Sahabat dan Alim Ulama, kita dapat melihat betapa cantiknya uslub yang mereka gunakan untuk menegur musuh-musuh yang banyak melakukan kezaliman kepada umat Islam, tetapi masih boleh berlembut dengan mereka. apa lagi dengan Ustaz khairi yang seagama dengan kita. ketika Allah memerintahkan Nabi Musa a.s untuk menyampaikan dakwah dan teguran kepada Firaun yang mengaku Tuhan, menindas bangsa Israil di bumi Mesir Allah menyuruh dengan cara yang lemah lembut dan berhikmah untuk menyedarkan Firaun yang zalim lagi syaitan itu. kenapa Allah memerintahkan supaya Nabi Musa supaya berdakwah dengan cara yang lembut bukan dengan cara yang keras. sedangkan Firaun merupakan sejahat-jahat manusia....

adakah dosa Ustaz Khairi sama dengan dosa Firaun yang perlu kepada teguran yang keras, tidak beradab dan sopan. anta haruslah mengingati sejahat-jahat mana pun Ustaz Khairi beliau tetap seorang Guru, pendidik yang harus di hormati..kalau pun Ustaz Khairi bersalah dan penuh dengan daki-daki dosa tetapi basuh lah dengan kata-kata yang lemah lembut sesuai dengan ajaran Islam yang betul. jangan lah kita emosional sangat sehungga membelakangi maqasid dakwah untuk berdakwah kepada manusia. ingat lah matlamat tidak menghalalkan cara.

jangan marah dan naik angin dengan komen dan teguran yang ana berikan.. masih banyak lagi isu yang perlu kita perjuangkan. masalah murtad, keruntuhan akhlak dan sebagainya lebih memerlukan kepada perjuangan kita...

ana amat kecewa dengan sikap pelajar masa kini yang belajar agama tetapi tidak menghayati ajarannya...kembalilah kepada sirah nabi dan sahabat. bagaimana kita hendak perjuangkan islam sekirannya kita sendiri yang bercakaran seperti babi dengan anjing..pada masa kini gerakan kristian sedang rancak memurtadkan umat islam, tetapi kita pula sibuk bercakaran. ana cabar anta, kalau anta seorang pejuang jom turun dakwah di sabah dan sarawak lawan pendakwah kristian. kalau setakat berceramah tidak ada tindakan itu namanya pengecut.....jangan marah..kita ini adalah pejuang..ini lah nama nya mehnah...

salam perjuangan dari ana

Indahnya Islam Manisnya Iman
Ustaz Muallaf

Unknown said...

blog ana kena hack? haha.